Saya telah disahkan doktor mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti pulmonari tuberkulosis, daya ketahanan yang sangat rendah, jangkitan paru-paru dan hati, kerosakan limpa dan kelenjar limfa, hepatitis B, demam kuning, migrain kronik, gastritis, sakit dan kebas tangan serta kaki di samping masalah mata yang menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke Hospital Miri beberapa kali. Oleh kerana ubat-ubatan dan rawatan yang banyak dalam jangka masa yang panjang, saya turut mengalami masalah pendengaran, stres, hilang selera makan serta insomnia. Tempoh yang paling kritikal adalah ketika berat badan saya jatuh dari 70kg ke 28kg, seterusnya menjadikan badan saya umpama rangka bersaiz kanak-kanak 7 tahun.
Sela masa penuh derita ini menyebabkan saya kehilangan pekerjaan selama 2 tahun dan saya terpaksa bergantung kepada wang simpanan untuk menyara kos perubatan yang tinggi. Sejak saya dikeluarkan dari hospital buat kali terakhir dalam bulan Ogos 2005, saya terdampar di atas katil untuk 9 bulan berikutnya. Pendapat doktor yang menyatakan saya mungkin tidak dapat hidup lama telah mengejutkan ahli keluarga terdekat dan mereka bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam bulan Mei 2006 saya mampu untuk duduk di atas katil dan sebulan kemudian saya boleh berjalan sedikit dengan bantuan tongkat. Awal September tahun yang sama, kawan lama yang seterusnya menjadi upline saya, Bajau Anak Udang telah memperkenalkan kerjaya CNI kepada saya. Pada hari saya menjadi ahli CNI, saya turut membeli Well3 Organik, Life Enzyme, Royal Ginkgo, Lyophilized Royal Jelly dan Royal Vita C yang telah disarankan untuk kesihatan saya. Kurang 2 minggu setelah mengamalkan produkproduk tersebut dan mengambil ubat-ubatan doktor pada masa yang sama, sakit dan kebas yang dirasakan di tangan dan kaki saya, tompok gelap di jari serta kuku kaki hilang sama sekali begitu juga dengan tekanan dan insomnia yang saya alami selama hampir 2 tahun. Di samping itu, selera saya pulih dan berat badan cepat naik sehingga 60kg.
Melalui pengalaman peribadi, saya yakin untuk mengatakan bahawa produk kesihatan Well3 CNI sangat berbaloi dan saya tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan produk-produk hebat ini kepada kawan-kawan, saudara-mara serta orang ramai. Produk Well3 CNI bukan sahaja telah membolehkan saya menikmati kesihatan yang lebih baik, malah ia turut memberi peluang kepada saya untuk memulakan perniagaan sendiri.