Latest News

Panggilan Baitullah Disambut Penuh Kesyukuran Posted on Thursday, 26 July 2012

Bukan semua yang mendapat jemputan untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci Mekah, malah tidak ramai pula yang dapat mengerjakan umrah secara percuma. Inilah kelebihan yang dapat dinikmati oleh para usahawan CNI yang gigih berusaha menjayakan kerjaya masingmasing. Tahniah diucapkan kepada usahawan CNI yang telah berjaya menerima insentif mengerjakan umrah dari 25 April hingga 8 Mei lalu. Semoga kejayaan mereka dapat membakar semangat lebih ramai rakan usahawan untuk menikmati insentif istimewa ini.



Majlis Makan Malam Sitiawan 65 Buah Meja Penuh Bagi Memeriahkan Suasana Posted on Thursday, 26 July 2012

Sempena sambutan Hari Ibu Bapa dan bagi meraikan warga tua, para pemimpin dan usahawan Kawasan Utara telah mengadakan Majlis Makan Malam Kesyukuran dengan jayanya di Sitiawan pada 16 Jun.

Selain daripada rakan usahawan setempat, rakan usahawan dari Pantai Remis, Ayer Tawar, Batu Gajah, Ipoh dan Taiping turut serta bersama keluarga untuk memeriahkan majlis. Tetamu kehormat termasuk Pengarah Eksekutif CNI Holdings Liu Tianji, pasangan MDAM Fong Kwai Sang, pasangan MDAM Kong Siew Weng, pasangan MDAM Chan Kung Seng, pengendali DC Sitiawan, Kok Ah Mooi & New Chee Heng, pengendali DC Bercham, Then Koon Chin, Pengendali DC Taiping, Kok Sau Kam dan bekas pengendali DC Tampin, Siow Pin.

Tiga orang warga emas yang paling tua telah diundang naik ke atas pentas untuk upacara memotong kek sempena meraikan hari jadi sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran ke atas jasa ibu bapa, sekaligus mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan membentuk masyarakat penyayang. Permainan teka-teki amal diadakan untuk memungut derma bagi Rumah Anak-Anak Yatim Rumah Wawasan, Sitiawan. Selain itu, penyanyi tempatan, Yi Wei turut diundang untuk menghiburkan para hadirin. Beliau turut membuat pengumumkan untuk menderma 50% daripada jumlah jualan albumnya pada malam tersebut kepada Rumah Anak-Anak Yatim tersebut. Majlis berjaya mengutip derma sebanyak RM650, di samping sumbangan tambahan daripada CNI berjumlah RM650. Pengarah Eksekutif CNI Holdings, Liu Tianji telah menyerahkan wang derma sejumlah RM1300 kepada wakil badan kebajikan itu.

Di samping itu, Liu Tianji juga telah menyampaikan sijil kecantikan kepada tiga orang juru kecantikan bertauliah yang muda dan penuh bersemangat kerana berjaya melengkapkan kursus intensif kecantikan pada akhir tahun 2011 dan mula menawarkan perkhidmatan mereka kepada penduduk Sitiawan dan Ayer Tawar. Dengan perkhidmatan mesra yang disediakan mereka, bukan sahaja kesihatan dan kecantikan penduduk setempat terbela, malah kerjaya kecantikan Cni juga dijangka akan bertambah maju.



Penganugerahan Kecemerlangan Anak-Anak 2012 Sempena Pesta Tanglung Posted on Thursday, 26 July 2012

Keindahan bulan purnama sentiasa dipuji ramai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang. Saksikan pengiktirafan dan penganugerahan yang diberikan kepada anak-anak yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pada malam diterangi bulan purnama yang sememangnya penuh bermakna untuk semua warga CNI.

Hayatilah keindahan bulan purnama bersama ahli-ahli keluarga CNI Jemputlah datang beramai-ramai pada 22 September.

Berkumpul bersama-sama di Sitiawan untuk meraikan Pesta Tanglung pada malam bulan purnama

22/9/2012 (Sabtu)
Pioneer Methodist Hall
K-6, Jalan Lin Chen Mei, 32000 Sitiawan, Perak

Sukan Neka Sitiawan (2:00pm - 5:00pm)

Gerai jualan amal juadah “Ho Chiak”(“Sedap”),
acara sukan keluarga, promosi produk, Permainan ibu & bapa Nota: Dapatkan buku Kupon Amal “Ho Chiak” pada harga RM10 senaskhah.

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Anak-anak (6.00pm- 11:00pm) Bahasa pengantar : Bahasa Mandarin

(Tabung Insentif Pendidikan Anak-Anak untuk STPM & peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah), pertunjukan drama, gerai-gerai jualan amal, persembahan kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Nota: Anugerah Kecemerlangan diberikan kepada anak-anak warga CNI yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam: UPSR (5A), PMR (7A), SPM (10A) dan SPTM (4.0) dan ke atas

Tawaran istimewa untuk penerima anugerah

  • Hadiah
  • Kupon Makanan Percuma
  • Peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah
  • Anugerah Kecemerlangan
  • Tabung Insentif Pendidikan Anak-anak

(Terhad kepada penerima anugerah yang hadir untuk menerima anugerah pada 22 September. Wakil-wakil atau mereka yang menerima anugerah di Pusat Pengedaran tidak layak menikmati tawaran istimewa tersebut.)

Talian Pertanyaan

Sitiawan DC : 05-6911 171
Teluk Intan DC : 05-6217 795
Pantai Remis SP : 05-6775 107
Ayer Tawar SP : 016-4109 629



CNI Dianugerahkan Pengiktirafan Kod ETIKA WFDSA / DSAM KATEGORI EMAS Posted on Thursday, 26 July 2012

Syarikat dengan bangganya memaklumkan bahawa penyertaan kami untuk Program Pengiktirafan Kod Etika WFDSA/DSAM diterima setelah diakui mematuhi kategori "EMAS".

Dengan perakuan ini, WFDSA dan DSAM mengiktiraf komitmen CNI dalam mematuhi, menyampaikan dan mempromosi kod etika jualan langsung yang betul bagi meningkatkan kesedaran umum demi menjaga kepentingan ahli organisasi dan pengguna.

CNI telah memenuhi 10 kriteria program ini yang berjaya dipatuhi oleh hanya sebilangan syarikat MLM tempatan. Maka, ini adalah sebuah kejayaan yang seharusnya menjadi kebanggan selurah ahli keluarga besar CNI.

CNI telah dimasukkan ke dalam kategori “EMAS” bagi program khas DSAM ini.



Iklan Suratkhabar CNI White Coffee Cendawan Susu Harimau Untuk Ramadan Al-Mubarak Posted on Friday, 20 July 2012

Harap maklum bahawa iklan CNI White Coffee Cendawan Susu Harimau untuk Ramadan Al- Mubarak akan dipaparkan dalam suratkhabar Metro Ahad dengan maklumat terperinci seperti jadual di bawah. Gunakanlah peluang hebat ini untuk mempromosi produk baru unggul ini bagi meningkatkan jualan dan penajaan anda. Anda juga disarankan mengajak rakan usahawan lain untuk menggunakan produk baru yang luar biasa ini bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Bil. Suratkhabar Saiz Edisi Tarikh Terbitan
1 Metro Ahad
(Bahasa Melayu)
½ mukasurat Iklan (berwarna) Semenanjung Malaysia 22/7/2012
(Ahad)